
Hidup perlu sokong menyokong antara satu sama lain. Sesuatu kejayaan tidak akan tercapai tanpa sokongan orang lain. Seseorang pengurus perlu sokongan daripada pekerjanya. Tanpa sokongan pekerja, semua arahan tidak dapat dilaksanakan. Seseorang jurujual perlu sokongan daripada pembeli. Tanpa sokongan pembeli, dia mungkin dibuang kerja. Sebuah kolej atau universiti perlu sokongan daripada tenaga pensyarah. Tanpa pensyarah, kuliah tidak dapat dijalankan. Sudah tentu kolej atau universiti tersebut akan kehilangan pelajar.
Apakah faktor yang memudahkan seseorang itu mendapat sokongan? Paling utamanya adalah mencari keserasian didalam pergaulan. Bolehkah anda menyesuaikan diri dengan teman-teman didalam pergaulan seharian? Bagaimana pula dengan keserasian anda bersama-sama teman di tempat kerja. Bolehkah anda bekerja secara berpasukan?
Menariknya, kesesuaian (keserasian) menjadikan personaliti diri kita mudah disenangi oleh orang lain. Kesannya, kita mudah mendapat kawan. Keserasian dengan rakan sepejabat memudahkan anda bekerja secara fokus yang melahirkan kecekapan. Tidak mustahil keserasian didalam bertugas memudahkan anda dipromote ke jawatan yang lebih baik.
Keserasian juga bergantung dengan cara kita berfikir menilai kepada seseorang itu. Dengan kata lain, bolehkah kita mengawal cara kita memikirkan atau menilai seseorang itu. Tentunya berfikir secara positif membawa kesan yang positif . Sebaliknya berfikir secara negative, memberi kesan buruk kepada seseorang itu.
Cannekl Radio
Selalu men
Wednesday, December 1, 2010
Hidup Perlu Sokongan
0Posted on 7:19 AM by Harmain
0 comments:
Post a Comment